Posts

Showing posts from August, 2017

Don't ask

Terketuk nak menulis kerana terjadi pada diri sendiri. Untuk ingatkan diri sendiri. Dan siapa-siapa yang rasa, oh aku pun sama. We live in a big community gais. Jadi tajuk ini.. untuk mereka-mereka yang rasa pernah terdetik atau dah pun terbuat. Mana-mana lah, asalkan lepasni, jika jadi lagi, maka beringat. Pernah nampak member yang asal tudung labuh, tiba-tiba singkatkan tudung? Yang berkopiah ganti topi berseluar pendek main bola? Pernah tengok yang elok berstoking tiba-tiba cabut stoking pakai selipar seluar senteng? Paling mudah, pernah jumpa member yang duk bising sebut jaga ikhtilat, jaga hati, jangan couple tiba-tiba dia yang buat apa dia cakap jangan tu? Ini. Untuk kauorang yang rasa gatal je mulut nak menegur menyindir kerana rasa tak adil, 'apa jadah kau dulu bising dekat aku akhirnya backfire dekat diri sendiri pula?' Tak salah nak menegur. Nak membetulkan. Hatta nak bantu pandu cari jalan sekalipun. Tapi make sure niat nak menegur tu memang niatnya nak sed