Don't ask

Terketuk nak menulis kerana terjadi pada diri sendiri. Untuk ingatkan diri sendiri. Dan siapa-siapa yang rasa, oh aku pun sama.

We live in a big community gais. Jadi tajuk ini.. untuk mereka-mereka yang rasa pernah terdetik atau dah pun terbuat. Mana-mana lah, asalkan lepasni, jika jadi lagi, maka beringat.
Pernah nampak member yang asal tudung labuh, tiba-tiba singkatkan tudung?
Yang berkopiah ganti topi berseluar pendek main bola?
Pernah tengok yang elok berstoking tiba-tiba cabut stoking pakai selipar seluar senteng?
Paling mudah, pernah jumpa member yang duk bising sebut jaga ikhtilat, jaga hati, jangan couple tiba-tiba dia yang buat apa dia cakap jangan tu?

Ini. Untuk kauorang yang rasa gatal je mulut nak menegur menyindir kerana rasa tak adil, 'apa jadah kau dulu bising dekat aku akhirnya backfire dekat diri sendiri pula?'

Tak salah nak menegur. Nak membetulkan. Hatta nak bantu pandu cari jalan sekalipun. Tapi make sure niat nak menegur tu memang niatnya nak sedarkan. Bukan niat nak tunjuk bagus. Bukan setakat nak sindir-sindir kosong bagi rasa headshot. Bukan nak memalukan.

Jika jumpa situasi-situasi yang disebutkan, (atau setaraf) dan rasa sesaje lah gatal nak menyindir, maka TOLONG. TOLONG JANGAN CAKAP APA-APA.

For God sake. Don't ask. Don't ask. Don't ask.
Eh mana pergi stoking? Eh pehal tudung makin singkat? Tayang lutut pasal apa?
Kerana soalan-soalan ini tak membantu pun untuk mereka jadi mereka yang sebelumnya. Simpan curious dalam hati. Doa. Moga ditemukan jalan kembali. Sebab hati ni, bila terdetik je, 'ah aku nak tegur ah minah ni pehal cabut stoking, dulu elok je pakai', percayalah, tegur kau yang acah-acah nak memperbaiki si dia tu (ikut pandangan mata kasar la) takkan berhasil. Ini dari pengalaman. Kalau niatnya dah tak betul, tak payah. Tambah dosa. Elok kau doa dan tawakkal.

Ada orang nampak gaya macam menyindir tapi niatnya betul. Tak terniat langsung nak menyindir cuma mungkin caranya kasar.. sampai.. Lekat dekat hati si pendengar. Rasa malu sendiri. Cuma kes yang sengaja sindir ni.. takkan sampai kak, abang.. Rasa makin nak buat, ada. Rasa dicabar. Ego yang kena toreh kau tau? Maka jangan.. 
Pintu hati manusia ni akan terbuka bila betul kau ikhlas menyampaikan. Bila betul kau sungguh ambil berat. Kalau setakat ayam-ayam punya caring padahal motif nak memalukan, sungguh. TAK PAYAH. DON'T ASK.

Comments

Popular posts from this blog

One of the Phases

24hrs