One of the Phases

It's been long. Again. Tanpa sedar dah lama tinggal tulis-tulis dalam blog kerana masa yang tak berapa nak cukup. Dia punya tak cukup tu ibarat nak bernafas pun kena curi masa. (Hiperbola *rolling eyes*)

Dan tiba-tiba yang memang tiba-tiba macam sireh pulang ke gagang rasa macam nak menulis balik. Dan macam baru perasan yang apabila kije asyik nak pendam perasaan je, dah timbul susah dekat diri sendiri nak cope dengan segala yang jadi.

Tahu aje, ada phases2 dalam hidup yang susah nak dijangka tu. Tahu aje akan datang masa2 yang rasa susahnya nak cope dengan keliling. Tapi tak tahu pula dengan umur yang dah nak masuk suku abad hidup ni yang jadi mula aku tercabar dengan keliling. Dengan orang. Dengan keadaan. Aku ingat aku akan tetap aku yang dah berjaya instill nilai-nilai murni dalam diri dan berjaya buat endah tak endah dengan apa pun keliling nak jadi.

Tapi di suku abad ni, pulaknya nak teruji.

For the past few years yang aku memang setenang-tenang alam tak berkocak tu adalah kerana beberapa perkara. Ni adalah mengikut analisa-analisa rawak yang kadang-kadang dijalankan dalam toilet atau apabila sedang sorang-sorang dan termengelamun fikir tentang kehidupan. Dan perkara-perkara terlibat termasuklah;
1. Aku ada support sistem yang agak kuat.
- yang ada 24/7. Tapi dia ialah manusia. Yang tak selamanya ada. Dan tak pernah jadi salah dia, apabila aku yang sekarang rasa macam ikan atas darat yang kurang nyawa apabila hilang satu tiang penyokong yang selalu ada bagi semangat dan nasihat walaupun banyak je masanya sakit hati je lebihnya.
2. "The best of people ialah yang lambat marah dan cepat sejuk"
- is whatever I wanna be. Aku sentiasa rasa nak adapt nilai-nilai murni as in quote-quote yang aku baca dalam diri sendiri. I always wanna be the best version of me. Of I could ever be. Aku boleh assume aku berjayalah, kalau beberapa tahun-tahun yang lepas tu aku kekal bertenang setenangnya. Dan betullah, laut yang tenang tu tak semestinya takde buaya. The croc was sleeping for all we know. Dan apabila buaya tu bangun mengejut tak bagi signal, it causes stir.
3. Aku belajar untuk tak cling pada sesiapa
- daripada novel-novel cinta yang terkumpul di rumah. I learned the pain of being clingy daripada character-character novel yang apabila hilang orang keliling as in kawan, jadi macam hilang arah dan rasa di betray. Tapi for all I know, NO.1 itu ialah penanda yang aku sedang cling pada dia. Tanpa sedar. Mungkin sebab aku rasa cukup dia, maka kawan lain tak ada tak apa. Tapi bila gradually dia takde, rasa macam mula lemas dan nak berpaut pada sesiapa je yang ada. And again, ditegaskan. BUKAN SALAH DIA. Aku yang pilih untuk pegang dia. Dan dia takde lah hilang kemana sangat pun. Cuma things aren't used to be like before.

Ini adalah point dalam analisa-analisa rawak yang masih aku ingat. Mungkin ada yang tertinggal. Tapi point-point ini bukti complicatednya hidup aku yang surfacenya nampak mudah. Ada sistem disebalik tenang-tenang yang orang rasa macam tiada masalah tu. Ada benda yang dah lama dipupuk untuk keluarkan surface tenang tu.

Dan antara benda yang pernah aku sangat gembira untuk buat ialah, welcoming semua orang yang datang untuk meluah. Rasa diperlukan mungkin. Rasa macam ada function. Tapi sekarang, apabila aku dah rasa tak mampu nak motivate diri sendiri pun, aku tak rasa aku mampu motivatekan orang. There's always this saying yang kata, an unhappy person couldn't make another person happy. Dan aku rasa situasi aku boleh diapply dengan saying ini. Tapi aku masih gembira dengar kawan-kawan cerita tentang hidup masing-masing. Cuma yang buat rasa sebal apabila entah siapa yang datang dan mula buka cerita hanya kerana nak didengari dan kemudian pergi. Ain't that bad pun sebenarnya kan? Untuk ada yang rasa kau selesa nak dibuat kawan. Cuma inner conflict aku buat aku rasa macam tak selesa untuk terima orang luar yang macam nak ambil kesempatan. Again. IT WAS ALL ME.

Aku kena sentiasa ingatkan diri sendiri. Sakitlah macam mana pun, yang salah tetap aku. Pilihan-pilihan yang aku buat dah memang obviously pilihan aku. Tak kira siapa pun yang aku consider, kalau betul yang aku nak ialah untuk gembirakan diri sendiri- aku patutnya pilih aku. Tapi itu selfish. Dan untuk buat keputusan sebab nak gembirakan orang, itu juga pilihan aku. Tapi betul ke pilihan-pilihan tu ialah semata untuk orang- bukan untuk selamatkan reputasi aku? Dan kalau the later adalah jawapannya, bukan ke at the end of the day, segala yang aku buat tetap untuk aku? Sugarcoated dengan selfless yang sebenarnya semuanya end up dia- AKU.

DAN AKULAH YANG SELFISH ITU. YANG EGO.

Ego- ini memang aku ada. Walaupun nampak tak ada.
Topik ni aku elaboratekan mengikut analisa aku terhadap diri sendiri. Ego aku ada. Confirmed. Tinggi. Tapi dia akan nampak jelasnya ada apabila orang mula nak pijak aku. Tapi masa itu, yang orang nampak hanyalah ego aku yang tinggi. Orang dah tak nampak kronologi-kronologi terjadinya apa yang terjadi. Orang hanya nampak, aku yang cuba untuk menangkan sendiri. Sebab orang dah terlalu biasa tengok aku yang terima. Maka orang rasa out of norm apabila aku mula tarik muka. DAN OBVIOUSLY SALAH AKU LA KAN? Kerana aku yang terlalu menerima pada mulanya.

Tapi kalau topik ini, aku ada battle dengan diri sendiri. Salah aku? Atau salah orang? Part of aku mengaku salah aku yang initiate. Tapi part of aku tahu aku initiate kerana aku nak orang selesa. It was my main point after all. Kenapa orang tak boleh respect the fact yang aku memang layback tanpa ambil kesempatan dengan sikap layback aku tu? Dan bisikan dalam kepala aku mestilah balas, "Yang kau boleh ubah hanya diri kau. Kau takkan dapat ubah orang."

Dan betullah tu, aku hanya boleh ubah aku. Bukan orang lain.

Kadang-kadang rasa macam sia-sia je explain dekat orang apa aku rasa. Dulu- aku tak pernah cerita jenis aku macam mana. Sekarang- aku terlalu suka explain tentang aku kenapa kenapa. Aku expect orang faham. Hah padan muka la kan? Relying on human lagi. Salah sendiri.

Hari ini, aku tak tau apa yang aku ada. Cuma analisa-analisa rawak tu ada je. Tetap aku buat dekat mana-mana. Be it tandas atau kelas, atau depan orang yang aku tak selesa. Aku sentiasa fikir apa sebenarnya ni semua.

It was never easy. To keep your thought for yourself. Dan orang-orang yang expressive mungkin takkan faham apa rasanya jadi secretive. There's a lot in me. Dan permukaan yang kau nampak itu tak melayakkan kau untuk judge aku. I kept so much inside. Dan mungkin kau juga ada. Dan kalau kau tahu siapa aku- cuba kira dengan jari apa je info aku yang ada pada kau. Bagitau aku apa yang aku pernah beritahu pada kau tentang aku. Exclude judgement2 kau. Include hanya apa yang aku pilih untuk beritahu. Dan kau masih yakin kau tahu semua tentang aku? Just because I showed my calm side and not rage- maka kau rasa eh ini bukan aku yang kau kenal? Fikir balik kot. Adakah itu aku atau apa yang aku pilih untuk kau tengok.

Dan kalau kau baca sampai ke akhir semua ni, dan kau ketawa dan rasa semua ni ridiculous, dan aku hanya overreact- you should know who you are. Might be a no one. Atau mungkin yang hanya baca dan tak intend untuk faham. I need no empathy. I need... ? Aku juga masih belum ada jawapan untuk itu. Mungkin hanya perlu diam dan tak perlu mula mocking all my soft spot? That would be nice.

Comments

Popular posts from this blog

Don't ask

24hrs