Tolerance

Aku rasa tahap takleh tolerate aku dengan apa yang orang buat kat aku tinggi betul sekarang.
Dan ini adalah salah satu sebab kenapa aku memang kena deactivate ig sekejap.
Sebab ig tu mungkin boleh buat gaduh kerana aku sungguh tak rasa nak menulis je bila kecewa ke sedih ke. Dan bukan ke kalau aku keep on tulis dekat ig akan jadi satu masalah bila orang-orang berkenaan baca? Sedangkan niat cuma nak lepaskan geram bukan nak cari gaduh pun. Orang-orang yang aku marah sangat ni sekalipun dorang buat aku marah, dorang banyak tolong juga. Takkan sebab tulisan aku akan jadi gaduh pula. Dan sekarang since aku takde pilihan lain selain blogging, memang aku dah selamatkan diri dari tulis benda-benda boleh bawak gaduh dekat ig.

Sedih ah ceni. Kerana things had become so complicated. I might get angry with the people I shouldn't. Tapi rasanya sekarang memang tengah defensive mode yang kalau ada orang sakitkan hati aku, kemungkinan besarnya aku akan buang separuh dari orang tu dari hidup kot. Sebab aku taknak sakit dua kali. Tak sanggup. Sampai bila je aku nak tahan sakit bila orang tu sendiri tak heran pun. Jadi, daripada dia rosakkan emosi aku bukan ke lagi baik aku pergi? Mungkin sebab masih awal kot. Sedangkan kawan 6 tahun pun aku nak cuba let go ini pula kawan tak sampai setahun. Aku sayang.. Gila tak sayang. Tapi boleh tak belajar jaga hati aku sikit je? As much as aku cuba untuk tak koyakkan hati kau, tak boleh ke kau cuba jangan carik hati aku? Allahu kawan...

Aku memang lepak layback. Sungguh. Dan sebanyak yang aku dah tolerate tu takleh ke kau tolerate untuk jaga hati aku daripada sikit benda yang aku takleh terima? Sebanyak aku telan kutuk-kutuk manja tu, tak boleh ke kau cuba untuk tak terlalu tunjuk benci aku? Sebab tu aku cakap aku rasa semua orang akan tak suka aku. Sebab aku tak lawa maka kau rasa boleh je kau nak kutuk-kutuk buat aku sesuka hati? Sebab aku gemuk maka kau rasa boleh je pijak-pijak budak ni? Allahu..
Kalau lah aku tau seteruk ni jadinya orang dengan aku hanya sebab aku tak lawa, gemuk, aku tak jadi friendly macam ni kot. Aku cuma suka berkawan. Tapi bila kawan keep on toreh hati aku, siapa je aku nak harap faham aku? As much as aku mudah attach, sesenang tu juga untuk aku detach. Tapi kalau yang dah 6 tahun kot baik sama-sama nak detach tu macam nak move on daripada pakwe kau tau? Aku ingat kau faham.. LOL. Jokes on me. Pedih wei.

 Betullah harapkan manusia akhirnya kecewa juga. Sampai bila je, sampai bila? The good qualities in me should never die. Should never.
Tapi nampak macam dah nyawa-nyawa ikan.

Comments

Popular posts from this blog

Don't ask

One of the Phases

24hrs